logo-Haleema3

Tips Pemilihan Blouse Muslimah Yang Sesuai Ke Pejabat

Tidakkah kita semua mahu pakaian yang membuatkan kita kelihatan profesional dan yakin di tempat kerja?

Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja biasanya menarik perhatian majikan mereka dan ada juga ada masanya ia menjadi salah satu faktor penentu sama ada seseorang itu dapat pergi jauh dalam kerjaya mereka atau tidak

Menyedari kepentingan penampilan yang baik di tempat kerja,  kali ini Haleema ingin berkongsi panduan memilih blouse muslimah supaya anda boleh melangkah dengan yakin ke tempat kerja

1.Pilih saiz yang sesuai.

Blouse muslimah yang sesuai akan memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak terutama sekali ketika anda berurusan dengan rakan sekerja, bos atau klien anda. Pastikan bahagian ukur lilit ketiak cukup tinggi supaya tidak membatasi pergerakan tangan anda. Bahagian lengan tidak boleh terlalu ketat atau terlalu besar bagi membolehkan pergerakan semula jadi.

2. Pilih material yang betul

Pilihlah blouse yang diperbuat daripada fabrik yang memberikan bentuk blouse yang lebih berstruktur dan kemas. Anda juga perlu mengambil kira kondisi tempat kerja anda supaya anda dapat pilih material blouse yang paling sesuai untuk dipakai

Di sini ada beberapa pilihan material blouse yang biasanya digunakan untuk pembuatan blouse muslimah di Malaysia

Cotton – Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Sekiranya anda bekerja di luar tanpa pendingin hawa, kain cotton adalah pilihan yang tepat sebab ia menyerap peluh dan dapat memberi keselesaan

Fabrik sintesis – ini boleh didapati dalam bentuk nilon, polyester, dan lain-lain. Ia tidak mempunyai sifat yang sama seperti kapas. Tetapi ia membuat baju yang bebas kedut, tahan lama, dan harganya sangat berpatutan. Fabrik ini ialah seperti kain como crepe, moss crepe, woolpeach dan sebagainya

Elakkan daripada memakai blouse yang diperbuat daripada material denim kerana ia merupakan kesalahan bagi wanita bekerja

3. Elakkan design yang keterlaluan

Elakkan dalam memilih blouse dengan potongan dan gaya terlalu berfesyen ke pejabat. Ia akan mengurangkan kredibiliti dan kewibawaan anda ketika bekerja. Pilih blouse dengan perincian minimal seperti ruffles atau pleat yang boleh memberikan sedikit kelainan dalam penampilan anda

4. Pilih warna yang sesuai

Pilihan yang paling selamat ke pejabat adalah seperti warna krim, hitam, coklat, kelabu ataupun biru tua. Pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan warna tertentu saja kerana ia akan membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika bekerja. Sesekali anda juga boleh memilih warna hijau muda, kuning dan pink untuk mencipta kelainan

5. Pilih motif corak yang sesuai

Bagi tampil profesional ke pejabat, anda sebaik-baiknya menghindari motif flora dalam berpakaian. Sekiranya bosan dengan motif polos pada blouse, anda disarankan untuk memilih motif garis, geometri atau abstrak

Start typing to see products you are looking for.
Shop
Wishlist
0 items Cart
My account